Umrah diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah, hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
antara kelebihan menunaikan ibadah umrah pada bulan ramadhan
- Pahala yang berlipat ganda jika beribadat pada malam Lailatul Qadar. Pahalanya menyamai seperti beribadat seribu bulan, ditambah dilaksanakan di tanah suci, masyaAllah.
- Bulan yang digalakkan untuk bertaubat dan memohon dosa-dosa lalu dihapuskan. Kesan doa serta beristighfar memberi kesan yang sangat mendalam kepada para jemaah.
- Amalan di Bulan Ramadan merupakan sebaik-baik bulan yang diberikan ganjaran berlipat ganda.
- Ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.
- Menjadi tetamu Agong Allah di Tanah Suci Makkah dan Madinah ketika berada di bulan yang istimewa.
- Nikmat berdoa di Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah pengalaman yang tidak dapat digambarkan
- Umrah pada Bulan Ramadan sama dengan mengerjakan haji